Cara Mengetahui Duit Palsu atau TIDAK

(1)  Potret Tanda bayang 




imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas,sekiranya ditatap pada cahaya. Imej daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar yang nyata. Di bahagian bawah potret tanda bayang ini terdapat angka berkaitan. Sebagai contoh, angka 50 dipaparkan untuk denominasi RM50.


(2) Benang Keselamatan




Benang keselamatan ini ditenun  di permukaan sebelah belakang wang kertas.  Apabila dilihat pada cahaya, benang ini kelihatan seperti satu  garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak berulang kali. Sebagai contoh, “BNM RM50” dicetak berulang kali pada wang kertas denominasi RM50.


(3) Ciri Ciri Lead




Di sebelah kanan wang kertas  denominasi RM50 dan RM100, terdapat jalur hologram yang berkilau. Jalur hologram ini mengandungi 3 perkara, iaitu:


– Imej yang sama dengan yang
terdapat  di sebelah kanan potret
Yang di-Pertuan Agong Pertama


– Imej yang menunjukkan angka


denominasi (contoh RM50)


– Imej huruf-huruf “BNM”


(4) Ciri Ciri Peak




Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari  sudut yang berlainan pula, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak. Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untuk wang kertas denominasi RM50.


(5) Tandang Palang telus




Bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan (depan dan belakang) wang kertas.


(6) Cetakan Intaglio




Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, nombor denominasi corak dan perkataan
‘BANK NEGARA MALAYSIA’ adalah dicetak dengan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul.






















http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/matawang.pdf